PUNCA LELAKI 25 TAHUN CEKIK ANAK 3 TAHUN SAMPAI MATI

BEIJING – Hanya kerana mainan, seorang lelaki yang berusia 25 tahun menjadi ‘hilang akal’ lalu mencekik anak jirannya yang berusia tiga tahun hingga mati.
Puncanya hanya disebabkan kanak-kanak malang tersebut, Zhou Shijie berebut-rebut alat permainanan dengan anaknya, lapor media tempatan.

Dalam kejadian pada 24 Ogos itu, mangsa telah mengunjungi kedai minuman bersama datuknya, namun apabila datuknya tertidur, Zhou merayau sendirian dan sampai ke rumah suspek, Li.

Zhou kemudiannya bermain bersama dengan anak Li dan pada masa sama, keluarga Zhou membuat laporan polis kerana menyangka kanak-kanak tersebut telah hilang.

Bagaimanapun kamera CCTV yang dipasang di kawasan kejiranan mereka mendapati Zhou telah mengunjungi rumah Li tetapi tidak nampak kelibatnya keluar dari situ.

Keluarga Zhou yang rapat dengan Li kemudiannya bertanyakan suspek, namun dia memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut telah keluar dari rumahnya, ketika Li membeli barang di kedai.

Pihak polis yang menjalankan siasatan lebih terperinci kemudiannya terus menyoal siasat Li beberapa hari selepas kehilangan Zhou.

Akhirnya terbongkar berita yang mengejutkan apabila Li mengakui mencekik Zhou kerana dia menolak anaknya yang masih kecil untuk mendapatkan mainan.

Selepas membunuh kanak-kanak tersebut, Li membuang mayat Zhou bagi menghapuskan bukti.

Dalam pada itu, bapa Zhou, Qiang berkata, dia dan Li membesar bersama-sama di dalam satu kampung dan mereka amat berkawan baik.

“Anak kami bermain bersama-sama sepanjang masa. Kalau kami belikan makanan, kami akan membeli dua bahagian untuk dibahagikan kepada mereka berdua,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment