SAYUNYA:AISHAH FAUZI CERITA KISAH SEMASA HIDUP DI SYRIA

Syria

Masa saya jadi foreigner dulu kat sana, balik sekolah dari rumah my sheikhah, teringin nak makan pizza yang ada cheese dan zaiton. Tapi kira duit, ada sedikit lira je. tidak cukup. Jadi beli yang kosong je minta dibungkuskan.

Sekali ammu tu bungkus yg pizza yg mahal tu, and i said please2 jangan. Saya nak yang itu sahaja.. Makin banyak dia letak. Saya jadi takut. Matilah nak bayar macamane!


Then ada one lady approach. Dia tanya saya, kamu datang sini belajar hadis? Belajar Quran? Berapa orang di rumah kamu?

I said yes, ada 7 orang. Dia suruh orang kedai tu add more! Bagi kepada saya . Dan nak bagi saya duit belanja. Tapi saya tak nak.

Ya Allah, murahnya hati Saya pun bawa balik roti2 macam2 tu pada adik2 serumah saya and we are so happy, seminggu lebih cukup bekalan.

Pernah sy naik taxi sorang2 nak pergi sheikhah, saya menangis diam2 sebab masa itu tengah nak kena balik malaysia seorang diri. nak turun dari teksi. nak turun teksi , saya nak bagi duit tapi pak cik itu menolak. dia kata cukuplah kalau awak gembirakan hati awak dan selamat sampai di sini

Masa dapat ijazah sanad Al-Quran, saya attend 3 majlis berasingan meraikan sy. Dapat banyak sangat hadiah dan food. Diraikan macam puteri raja oleh orang2 syria, mereka bukan ahli keluarga sy pun. Saya tak mampu nak buat apa2, berair mata dari mula majlis smpai akhir. Sheikhah akan peluk saya, dan bisik katanya

"doakanlah kami ya aishah ratu air mata, kami mahu doa dr mu". Lagi kuat saya menangis

Sheikhah sy, sampai sekarang tiap waktu tiap saat asyik risaukan sy. Padahal keadaan dia jauh lebih merisaukan sy! Lailahaillah

Tengok gmbr ni dan gmbr2 lain.. tak mampu nk pandang. Sebab dulu kita hidup dengan mereka & Tak sanggup dengar khabar2 derita tentang mereka. Doa kami sentiasa utk mu Syria! Damailah jiwa2 yg berjuang sedang syurga tersedia menanti ruh2 mu pulang.

Allahumma Ameen! #Allah Save Syria Ameen! #Bersama kita meneruskan legasi2 Al-Quran agar sentiasa kehadapan! #Hulurkan tgn ringankan beban #Aku masih punya "Amanah" dgn Allah yg harus TERUS dikerjakan...KREDIT

Post a Comment