SUAMI "MAKAN"HIDUNG ISTERI KERANA TAK JAWAB PANGGILAN TELEFON!!

Di wilayah Shandong, China, seorang suami bertindak menggigit hidung isteri hanya kerana wanita tersebut tidak menjawab panggilan telefon darinya.
Menurut Shanghaiist.com, lelaki yang tidak dikenali itu dikatakan bergaduh dengan isterinya dan hidup berasingan di bandar Dezhou.

Wanita itu mendakwa, suaminya itu menghubunginya pada awal pagi tetapi dia tidak menjawab panggilan tersebut kerana baru pulang dari kerja dan terlalu letih.

Suaminya marah dan berjumpa dengannya pada keesokan harinya. Kedua-dua mereka bertengkar dan secara tiba-tiba si suami menggigit hidung isterinya sehingga putus.

Akibat kecederaan serius, wanita tersebut dikejarkan ke hospital dan pihak hospital terus melakukan pembedahan untuk memperbaiki hidungnya yang putus akibat di makan suami.

Suami wanita tersebut ditahan untuk siasatan lanjut. Ini bukan pertama kali kejadian seumpama ini terjadi di China.Pada tahun 2013, seorang lelaki pertengahan umur menggigit hidung isteri kerana masalah dalam rumah tangga.KREDIT

Post a Comment