"TIADA SEORANG PUN TINGGIKAN SUARA PADA CIKGU ITU"-PEKERJA PTPTN

RAWANG - Susulan dakwaan seorang guru berbangsa India SMK Seri Garing mendakwa kakitangan kaunter PTPTN cawangan Rawang bersikap biadab dan tidak profesional, tampil rakan kepada kakitangan terbabit, Izzat Iejad, menafikan dakwaan itu.
"Saya nak menafikan fitnah yang cikgu India SMK Seri Garing yang bernama Kavithra Subramaniam yang mengatakan kami meninggikan suara pada dia dan sebagainya. Boleh rujuk rakaman CCTV di pejabat kami.

"Cikgu itu dengan tiba-tiba potong percakapan kami dan tidak memberikan peluang untuk kami bercakap langsung. Kami sudah beralah dan dia terus bertindak merakam gambar kami.

"Tiada seorang pun yang meninggikan suara pada cikgu itu," katanya yang kesal dengan tindakan Kavihtra yang didakwa memfitnah rakan sekerjanya.

Menurut Izzat, dia membuat penafian itu kerana apa yang dituduh oleh guru berkenaan tidak benar dan mencemarkan imej PTPTN cawangan Rawang.

"Takpelah, kerja seperti kami ini selalu berjumpa dengan macam-macam orang. Hari ini dengan cikgu yang tidak melambangkan dirinya sebagai seorang cikgu langsung," katanya.

Izzat meminta orang ramai agar tidak mempercayai dakwaan Cikgu Kavith^^ dan meminta orang ramai yang ingin tahu cerita yang sebenar boleh datang ke pejabat untuk penjelasan lanjut mengenai kejadian itu.

"Kepada anda semua, kalau nak tahu perkara sebenar, boleh datang ke pejabat kami di Rawang One bersebelahan dengan KPJ Rawang. Kita boleh jelaskan, jangan percaya cakap India itu, Publisiti murahan!" katanya. -KREDIT

Post a Comment