UPDATE KREN JATUH DI MEKAH:87 JEMAAH MENINGGAL DAN 184 CEDERA

Pihak berkuasa Arab Saudi setakat 3.15 pagi waktu Malaysia mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 87 jemaah telah meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang yang mengakibatkan sebuah kren tumbang.

Dalam kejadian itu, enam jemaah Malaysia turut disahkan cedera.

Jumlah rasmi dan muktamad kematian dan kecederaan masih belum dikeluarkan.

Masjidil Haram kini sedang dalam proses pembesaran sehingga mencecah 4.3 juta kaki persegi bagi membolehkan ia menampung sehingga 2.2 juta jemaah pada satu-satu masa. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment