KAMI tak mampu!
Bagi kebanyakan rakyat marhaen yang memiliki kereta, biaya diperlukan untuk membayar cukai jalan dan insurans sekali setahun pun dah dirasakan cukup membebankan, sampai ada yang terpaksa main ‘kutu’ seperti kami di sini.
Tapi bagi orang ‘super’ kaya, membayar lebih RM50,000 semata-mata untuk cukai jalan kereta sahaja, mungkin sambil pejam sebelah mata je agaknya.
Lihat sajalah harga cukai jalan bagi kereta Rolls Royce Phantom di bawah yang berjumlah RM54,502.00..!
Mak ai, itu nilai sebuah kereta milik sesetengah kita, yang terpaksa bekerja sampai ke tua semata-mata untuk menjelaskan pinjaman bank sebanyak itu kot.
KREDIT GAMBAR: tengoktvonline
Tapi apa nak dihairankan sangat, memandangkan harga bagi sebuah kereta mewah begini boleh mencecah sampai RM3 juta.Apa sangatlah puluhan ribu yang perlu dikeluarkan untuk bayar roadtax bagi pemiliknya kan..
Apa pun hiduplah atas kadar kemampuan masing-masing dan pada masa sama, sentiasalah bersyukur meskipun cara hidup sesetengah manusia yang dikurniakan rezeki berupa kekayaan yang melimpah ruah boleh buat kita geleng kepala jadinya.- MYNEWSHUB.CC
Post a Comment