"U KAN EX MRSM, TAK MALU KE JADI NURSE?"-INI JAWAPAN BALAS JURURAWAT SETELAH DISAPA SEBEGITU

Sudah tentu ramai di antara kita yang mengimpikan pekerjaan yang professional dan gaji yang lumayan setanding dengan kelayakan yang diperolehi. Namun, melihat kepada keadaan ekonomi negara yang tidak menentu sekarang ini menyukarkan lagi graduan mendapatkan pekerjaan seperti yang diidamkan.



Apa yang menyedihkan, menurut wanita ini masih ada di antara sesetengah individu kini yang menilai kejayaan seseorang itu berdasarkan pangkat yang disandang sehingga sanggup merendah-rendahkan pekerjaan orang lain. Geram pulak bila baca!

Nurse department mana? Hospital mana?

Tengok post kat fb macam doktor je

You staffnurse gred apa?

You kan ex mrsm, tak malu ke jadi nurse?

Dah jumpa ramai orang gred lagi tinggi tapi tak bongkak


Dah jumpa ramai orang-orang gred tinggi yg tak pernah bongkak dengan pangkat dia..
Malah lagi tinggi pangkat pun saling menghormati antara satu sama lain…
Ada lagi encik-encik PTD malahan pegawai-pegawai dalam badan berkanun pun tak macam ni..
Doktor-doktor pakar/senior MO pon tak macam ni..
Tapi encik/cik DG48 ni lain la pulakkkk…

Rasanya tak salah kalau nak post anything pasal ubat/penyakit/anatomi manusia kat own fb kottttt…

Wahai si DG48,
Kamu tahu tak…….
Nurse ni ada belajar macam-macam pasal anatomi
Belajar lagi pasal dos ubat/indikasi/kontraindikasi/route yg betul
Belajar pasal penyakit terutama symptom/rawatan malahan management..
Aku tak pernah malu jadi nurse


Sorry to say..
Ada doktor yang baru pun mintak guide dari nurse-nurse yang senior kat dalam wad..
Apa hina ke jadi nurse sampai ada makhluk bakal DG52 ni dok cakap macam2?
Aku tak pernah malu jadi nurse weyh..
Malah aku rasa malu dengan makhluk macam kamu ni yang suka-suka tanya soalan bijak itu..
Dan sek2 kamu DG48 ni la kebiasaannya demand dis and dat during admission!

#UnsungHeroHeroin
#ProudToBeANurse
#KoHado?!

sumber: Bel Nawhen

GAMBAR:KEADAAN SEGITIGA BERMUDA JIKA LAUTAN KERING, LIHAT APA DI DALAMNYA..SUNGGUH MENGEJUTKAN!!!

Menggunakan bantuan teknologi terkini yang dipanggil Sonar Mapping, sekumpulan pengkaji Barat berjaya menggambarkan rupabentuk muka bumi di dasar lautan paling misteri di dunia, Segitiga Bermuda. Berikut adalah antara snapshot yang dipetik daripada dokumentari National Geographic, Drain The Bermuda Triangle.

Dan ini pula adalah Great Bahamas Banks, ketinggiannya adalah tiga (3) kali ganda ketinggian gunung-ganang di Grand Canyon.

Ramai di antara kita yang mengaitkan kehilangan pesawat terbang dan kapal-kapal di Segitiga Bermuda ini dengan tarikan magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda. Persoalan mengenai daya kuasa magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda boleh jadi juga telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak berkepentingan atas sebab-sebab tertentu. Atau, mungkin memang benar daya tarikan magnet di Segitiga Bermuda sememangnya lemah bahkan tiada langsung. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala isi-isi di langit dan di bumi-Nya.

Bagaimana pula dengan persoalan mengenai lokasi yang disebut-sebut sebagai mahligai iblis laknatullah? Bagi para pembaca yang pernah membaca buku Berdialog Dengan Jin Islam tulisan Muhammad Isa Dawud, pastinya sedia maklum dengan pendedahan rahsia ghaib Segitiga Bermuda oleh jin yang ditemubual oleh penulis tersohor dunia itu. [muat turun disini] Apa yang dapat saya katakan disini hanyalah Allah SWT yang maha mengetahui.

Namun ingin sekali saya kongsikan kepada anda sebuah hadith berkenaan Ibnu Sayyad. Hadith ini tergolong dalam hadith-hadith Dajjal. Para ulama berselisih pendapat mengenai Dajjal - antara pendapat yang diperdebatkan adalah samada Dajjal itu adalah sebuah sistem, bangsa atau Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin yang kini sedang disembunyikan di alam ghaib. 

Ulama yang berpegang kepada pendirian bahawa Dajjal itu adalah sebuah sistem dan bangsa, merupakan ulama moden dan teori ini mula diketengahkan ketika era kemerdekaan negara-negara Timur Tengah daripada empayar British. {1} Namun, ulama Islam sedunia secara rasminya berpegang kepada pendapat bahawa Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin. Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal, namun mempunyai sifat-sifat Dajjal sehinggakan para sahabat Nabi Muhammad SAW juga menyangka bahawa beliau adalah Dajjal yang sering disebut-sebut oleh para Nabi dan Rasul sebelum itu. {2}

Mungkin apa yang kita lihat adalah sesuatu yang 'hanya perlu' untuk kita lihat. Dan apa yang belum kita lihat adalah sesuatu yang 'tidak pelu' untuk kita lihat. Wallahu A'lam Bishawab.













PENGURUS JENAZAH CERITAKAN PENGALAMAN MANDIKAN MAYAT YANG TUKAR JANTINA

Janji Allah itu pasti. Setiap dari kita akan merasai kematian. Dan apa yang membezakan seorang manusia dari manusia yang lain adalah amalannya ketika dia hidup.
Allah S.W.T Maha Besar, menunjukkan kekuasanNya supaya dijadikan pengajaran kepada yang masih hidup.

Seorang pengurus jenazah berkongsi pengalamannya memandikan mayat seorang lelaki yang menukar jantina semasa kehidupannya.

Syed Sohleh Syed Jalaluddin berkongsi kisah itu di Facebook dengan harapan ia menjadi iktibar buat orang ramai.


Ikuti kisah yang diceritakan oleh Syed Sohleh.Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah.

Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.

In Shaa ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.


Dibantu waris si matiSetelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah ke semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.

Putih jadi Hitam
Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.

Najis Tak Henti Keluar
Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak ( buang najis ), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar.


Nanah & Ulat Keluar
Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat. Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin. Perlahan lahan saya memasukkan kapas kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi.


Ibu Pengsan
Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.

Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapor barus, air kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan jenazah.


Jenazah reput, buah dada kecut
Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan tadi, sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.

Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HU AKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.

Jadikan Pengajaran
Sekali lagi saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.

Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara' berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis.

ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.
Firman ALLAH yang bermaksud :-

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk ".

( Surah AT-Tiin ayat 4 )
Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa ( Maksudnya ) :-
" Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki ".

( Hadis Riwayat AL-Bukhari )
Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata
( Maksudnya ) :-
" Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki".

( Hadis Riwayat Abu Daud )
Wahai saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji ALLAH itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNYA.

HADIAH MISTERI YANG DIBERIKAN OLEH PELAJAR INI, BUATKAN HATI SEORANG GURU TERHARU

Hadiah 'misteri' yang diberikan oleh pelajar ini sempena hari guru amat meruntun hati cikgunya.. bersangka baik, mungkin pelajar ini tak mampu nak beli hadiah yg mahal2... sedihnya
Teringat kisah novel sehijau daun ke .yang mana pelajr hadiahkan pucuk ulam sahaja kpd cgu dia sebb x mampu .apapon positifkan apa yg diterima .nak jadi pendidik bukan senang dizaman ini .tahniah cgu sebb anda masih mampu untuk terima hadiah sebuji kelapa .byak sumbolik dalamnya .nak gambarkan cgu nie mampu mmeyemai biji kelapa tumbuh elok megah berdiri .tahniah cgu .selamt hari guru .aku takde hadiah pon

 
 

KASIH SEORANG ISTERI :ENGGAN LAPOR POLIS BIARPUN DITERAJANG SUAMI

BARU-BARU ini, satu rakaman video memaparkan aksi seorang suami berkelakuan ganas menendang isterinya yang masih berpantang di sebuah premis dobi layan diri di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan, Pahang tersebar menjadi viral di media sosial.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan si suami sekali gus mengundang amarah netizen yang memohon perilaku dihukum dengan undang-undang.

Sementara itu, pihak polis telah berjaya bertemu dengan wanita berusia lingkungan 20-an itu dan sudah mengambil keterangan berhubung kejadian tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, bagaimanapun wanita itu enggan membuat laporan polis.

“Saya sudah tonton video yang berdurasi selama seminit itu dan melihat sendiri bagaimana kejadian itu berlaku, namun mangsa enggan membuat laporan kerana tidak mahu polis mengambil tindakan terhadap suaminya.

“Polis tidak dapat memastikan punca kejadian itu dan akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tindakan selanjutnya bagi memastikan suami mangsa mendapat hukuman atas perbuatan dilakukan,” katanya.

Dalam video berdurasi 1.02 minit itu, mangsa dilihat dilayan seperti binatang apabila suaminya bertindak membaling bakul kepadanya sebelum menendangnya dengan kuat.

Anak mangsa kemudian dilihat memeluk ibunya yang sedang memegang bahagian pinggang seolah-olah menahan kesakitan.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan isterinya. – MYNEWSHUB.CC

NGERI:PUNCA SEBENAR LELAKI NYARIS MAUT TERTUSUK BULUH DI DADA


Lelaki Nyaris Maut, Buluh Tertusuk Di Dada
Published on May 18, 2016 in Utama & Sensasi

BERPANTANG maut sebelum ajal. Itu yang dilalui lelaki ini apabila dia terselamat meskipun sebatang buluh sepanjang 6.5 kaki tertusuk ke dalam dadanya ketika dia menunggang skuter di Ruijin.

Kejadian itu berlaku apabila lelaki terbabit dikatakan tidak memberikan perhatian di jalan raya menyebabkan dia terlanggar lori yang membawa muatan buluh.

Nasib baik buluh berkenaan tidak mengenai jantungnya dan hanya mencucuk salah satu paru-parunya.

Selepas kejadian tersebut, bomba terpaksa dikejarkan ke situ bagi memotong batang buluh berkenaan tersebut dihantar ke hospital.

Dia terpaksa melalui pembedahan selama dua jam untuk membuang batang buluh terbabit.

Lelaki berkenaan kini dalam proses penyembuhan dan masih dirawat di hospital.

Ia bukan kejadian pertama berlaku di dunia malah pada 2011, seorang remaja di Amerika Syarikat terpaksa dikejarkan ke hospital selepas sebatang buluh tercucuk lehernya.

Kejadian itu berlaku ketika remaja tersebut bermain dengan kawan-kawannya dengan menggunakan buluh. Nasib baik doktor berjaya membuang batang buluh terbabit selepas pembedahan. – MYNEWSHUB.CC

INFO TERKINI!!!:PESAWAT EGYPT AIR MS 804 HILANG DARI RADAR!!!

Cairo, 19 Mei - Sebuah pesawat EgyptAir dengan penarbangan MS804 dilaporkan telah hilang dari radar.

Syarikat penerbangan itu berkata pesawat tersebut dijadualkan terbang dari Perancis ke Cairo.

CNBC melaporkan, EgyptAir menerusi posting Facebook berkata, pesawat itu terbang dari lapangan terbang Paris' Charles de Gaulle pada 11.09 p.m (waktu Perancis) dan hilang dari radar pada awal pagi hari ini(waktu Perancis).
Posting itu juga memberitahu pesawat tersebut membawa 59 penumpang dan 10 krew.

EgyptAir dalam kenyataan terbaru Facebook melaporkan, pesawat itu terbang pada ketinggian 37,000 kaki dan sudah memasuki ruang udara Mesir sejauh 16 km ketika ia hilang. NBC juga melaporkan, pihak berkuasa Mesir telah sedang melancarkan operasi pencarian di laut Mediterranean.

Perkara ini disahkan oleh Kementerian Udara Mesir, lapor The Guardian - Siakapkeli.my

[KEMASKINI] - Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa

12.27 tengahhari - Ahmed Abdel, Naib pengerusi syarikat induk EgyptAir, telah berkata kepada CNN bahawa tiada panggilan kecemasan dibuat.

12.00 tengahhari - Sehingga kini, pesawat tersebut sudah hilang selama tiga jam.

PUNCA SUAMI CERAI ISTERI PADA MALAM PERTAMA MEREKA

SEORANG lelaki telah menceraikan isteri yang baru dikahwininya selepas wanita berkenaan terlalu sibuk melayan telefon bimbitnya ketika lelaki itu mengharapkan `sesuatu’ pada malam pertama mereka.

Kejadian berlaku apabila pengantin lelaki membawa isterinya itu bilik hotel di Arab Saudi selepas beberapa jam melangsungkan perkahwinan.

Namun ketika dia cuba mengadakan hubungan intim dengan isterinya, wanita itu telah menolaknya sebaliknya dia asyik melayan kawan-kawannya menerusi telefon bimbit untuk menceritakan mengenai majlis perkahwinan tersebut.

Malah apabila wanita itu diminta menghentikan perbuatannya, dia telah memarahi suaminya.

“Pengantin lelaki terkejut kerana wanita itu langsung tidak mempedulikannya.

“Apabila ditanya adakah kawan-kawannya itu lebih penting, pengantin wanita menjawab ya.

“Ia menyebabkan berlaku pertengkaran dan lelaki itu terus keluar dari bilik hotel terbabit sambil memberitahu wanita itu bahawa dia mahu bercerai,’’ kata sumber kepada Gulf News.

Meskipun mahkamah merujuk kes berkenaan kepada jawatankuasa perdamaian tetapi lelaki berkenaan tetap dengan keputusannya untuk bercerai. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Gulf News