POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan satu rancangan jahat untuk menghuru-harakan negara selepas menahan sekumpulan penjenayah dalam satu operasi, hari ini.
Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman makro Twitter. Menurut beliau, 12 individu terbabit telah ditahan bersama sejumlah bahan letupan.
Dalam satu operasi yang diketuai polis cawangan khas, tangkapan dilakukan di dua kawasan iaitu Ulu Langat dan Kuala Lumpur.
Tahniah PDRM!– MYNEWSHUB.CC
Post a Comment