KUALA LUMPUR - 20,000 rakyat Malaysia tidak sempat menikmati hasil titik peluh mereka menabung dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jika pihak terbabit melaksanakan cadangan menaikkan had umur pengeluaran simpanan dari 55 ke 60 tahun.
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan itu menunjukkan 20,000 rakyat Malaysia dalam lingkungan usia 50 hingga 59 tahun meninggal dunia setiap tahun.
Berdasarkan statistik 2012, seramai 20,146 orang rakyat Malaysia yang berusia di antara 50 hingga 59 tahun direkodkan meninggal dunia. Statistik 2011 (19,618 orang) dan 2010 (18,955 orang).
Kaji selidik dibuat oleh KWSP yang menyatakan purata jangka hayat rakyat Malaysia sekitar 75 tahun sebagai alasan bagi melaksanakan cadangan itu adalah tidak masuk akal dan tidak adil kepada pencarum kerana tidak semua manusia boleh hidup hingga ke usia itu.
“Bagaimana dengan mereka yang meninggal dunia sebelum umur 60 tahun? Duit yang disimpan sejak bertahun-tahun bekerja akhirnya tidak sempat untuk dinikmati.
“Adakah itu adil kepada pencarum apabila pihak KWSP yang menetapkan had pengeluaran wang sedangkan duit yang disimpan dan dilabur agensi kerajaan itu adalah hasil titik peluh mereka?” soal Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Ma’amor Osman.Sumber
Post a Comment