GURUN,: Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah agama di Pokok Tai, Pendang semalam telah mendakwa telah dipukul oleh 30 orang pelajar senior sekolahnya.
Kejadian yang berlaku dalam pukul jam 12.00 tgh mlm hingga 1.30 pagi itu menyebakan mangsa kini trauma dan tidak mahu ke sekolah.
Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra Sungai Petani dikatakan dipukul selepas dituduh mencuri dompet yang mengandungi wang tunai sebanyak RM60 milik pelajar lain.
"Saya menjumpai dompet tersebut di padang sekolah pada petang jumaat dan saya simpan sebelum hendak diserahkan kepada pemiliknya"
"Tapi mereka yang pukul saya minta dompet itu dan saya serahkannya sekali dengan wang. Tetapi mereka pukul saya, tumbuk saya di seluruh badan, tampar muka, libas dengan tuala, bakar rambut dan gunting rambut saya sampai botak," katanya.
Beliau dikatakan tidak bermaya selepas dipukul telah merangkak pulang ke biliknya selepas diberi amaran supaya tidak memberitahu kejadian tersebut kepada pihak sekolah atau ibu bapanya atau dia akan dibelasah lagi.
Menurut bapa saudaranya, Zahari Haris, 43, kejadian ini hanya disedari oleh abangnya ketika melawat Ammar pada keesokan harinya.
Bapanya kemudian membawa Muhammad Ammar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk membuat pemeriksaan perubatan dan mendapati tiada kecederaan dalaman, cuma bengkak dan lebam pada peha, muka dan belakang badan.
"Abang saya telah membuat satu laporan polis di balai polis Gurun dan amat berharap tindakan tegas akan diambil oleh pihak polis."
"Anak saudara saya turut memberitahu ini bukanlah kali pertama kes buli berlaku kerana kejadian ini belaku kerap di asrama tersebut." katantya.
Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abd Aziz Ahmad yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu. - Siakapkeli.com.my
Post a Comment