Anda tentu sudah melihat pelbagai jenis pedang diseluruh dunia dan diketahui pedang merupakan senjata tajam yang sangat gemar digunakan dalam peperangan zaman dahulu.Namun setajam-tajam pedang sudah pasti ia bakal mengalami kerosakan pada matanya apabila bertemu dengan besi yang lain.
Namun pedang yang satu ini sangat istimewa dan diakui oleh pakar pembuatan pedang barat sebagai pedang paling tajam didunia.Manakan tidak, ia boleh memotong dua pedang lawan,menembusi baju besi crusader dan membelah perisai serta batu tanpa meninggalkan sebarang kecacatan di matanya.
Pedang ini sebenarnya dimiliki oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi iaitu insan yang sangat terkenal dalam perjuangan Islam zaman dahulu.Pedang buatan Damsyik ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan Pedang Excalibur milik Raja Arthur.
Pedang yang dikenali sebagai pedang Persia ini diperbuat dari besi baja 'Damascus' dengan teknik rahsia dimana terdapat Carbon Nano Tube(CNT) yang menyaluti pedang ini membuatkan ia amat tajam dan mudah dilentur.Keistimewaan pedang ini dikagumi oleh pakar dari Barat.
Didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod 'Damascus' menjadikannya mudah lentur.Tiub karbo nano mempunyai ketahanan suhu yang sangat tinggi dan jisimnya lebih ringan dari Aluminium.Kehebatan pembuatan pedang ini kini telah pupus kerana kemahiran yang dipelajari zaman berzaman telah hilang begitu sahaja.sumber:Thereadingmore
Post a Comment