Gambar Hiasan
Skien (Norway) – Seorang wanita dituduh mengurung ibunya dalam sangkar anjing sebelum mencampakkannya ke dalam sungai berhampiran kediaman mereka.
Pasukan penyelam polis yang menjalankan gerakan mencari semalam, menemui kandang anjing itu, bersama-sama dengan rangka Karl Gronnestad di Sungai Skien.
Karl, 59, hilang tiga tahun lalu tanpa kesan. Pembunuhannya itu terbongkar ekoran pergaduhan besar antara anaknya dengan teman lelakinya Ahad lalu.
Kedua-duanya ditangkap pada malam sama dan lelaki berkenaan mengaku meletakkan mayat wanita berkenaan dalam kandang anjing dan mencampakkannya ke dalam sungai selepas teman wanitanya yang berusia 31 tahun membunuh mangsa.
Polis bagaimanapun membebaskan lelaki itu kerana tidak mempunyai bukti cukup untuk menahannya.
Peguam wanita terbabit, Brjorn Naerum mendakwa, anak guamnya terkejut dengan pengakuan lelaki itu dan menafikan terbabit dengan kehilangan ibunya walaupun menjadi orang terakhir dilihat bersama-sama mangsa sebelum mangsa hilang.
Dia juga memainkan peranan penting membantu polis dalam usaha mencari ibunya.Sumber
Post a Comment