MENYEDIHKAN:6 GAMBAR BAYI USIA 5 HARI DI BUANG DEPAN RUMAH

SUNGAI PETANI - Seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui di hadapan rumah seorang wanita di Tikam Batu, Jumaat lalu.

Penemuan yang tidak disangka-sangka itu pada jam 7 petang, bayi yang ditinggalkan berbalut kain lampin itu ditemui oleh wanita berusia 40'an yang terdengar suara tangisan bayi malang itu di hadapan rumahnya.

Mendengar suara si kecil itu, wanita itu terus keluar mencari arah bunyi tangisan itu. Terkejut apabila mendapati seorang bayi yang baru dilahirkan diletakan di hadapan rumahnya sedang menangis. 

Wanita yang juga suri rumah itu terus mengambil bayi yang dianggarkan berusia lima hari itu dan menghubungi suaminya memaklumkan penemuan itu.

Pasangan itu kemudian menghubungi Balai Polis Tikam Batu memaklumkan penemuan bayi perempuan berkenaan.sumber




Post a Comment