RUMAH RM 312,000 TETAPI KUALITI TAK SETANDING HARGA??

Seorang pemilik rumah menghubungi kami untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab.

Individu yang enggan namanya didedahkan itu, kecewa dengan tindakan pemaju perumahan, Matrix Concept, yang lepas tangan akan masalah yang dihadapi oleh pembelinya.

"Kualiti rumah di Bandar Sri Sendayan, Seremban, tak berbaloi dengan harga. Harga rumah dijual dengan harga beratus ribu ringgit, tetapi kualitinya tidak setanding dengan harga.

"Rumah ini, saya beli pada tahun 2012 dengan harga RM321,000.00, apabila hujan, kami tidak dapat duduk tenang. Terpaksa berjaga malam sebab berlakunya kebocoran dari siling rumah. Ini bukannya baru terjadi, kami dah buat aduan mengenai masalah ini semenjak tahun lepas, namun masih tiada tindakan dan penyelesaian dari pihak pemaju," keluhnya.

"Nusari Aman 3, siap ada plaster siling runtuh semasa hujan," tambahnya lagi.


"Pemaju ada datang, tetapi tak tahu apa yang mereka buat. Tak ada apa-apa report. Sedar-sedar, surat sampai ke rumah dan kata 'perkara diambil maklum dan masalah telah diselesaikan'," keluhnya lagi.

Inilah masalah yang seringkali diterima oleh pembeli apabila kebanyakan pemaju perumahan bersikap melepaskan tangan setelah bayaran diterima dan kunci telah pun diserahkan kepada pemilik. 

Kepada mereka yang baru berhasrat membeli rumah terutamanya rumah baru, elok berhati-hati dengan pemaju Matrix Concept sehingga pihak pemaju memberikan penjelasan sepenuhnya.sumber

Post a Comment