LAGI VIDEO KES BULI:KEJADIAN BERLAKU DI KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN

BENTONG - Tidak serik! Itulah tindakan beberapa pelajar lelaki Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, membuli seorang pelajar dalam keadaan yang tidak berpakaian. 
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di asrama sekolah berkenaan, mangsa hanya mampu melindungi mukanya dengan tangan daripada dipukul oleh beberapa pelajar yang lain. 

Motif kejadian masih lagi tidak diketahui. Hanya kedengaran mangsa menyatakan dia bersumpah tidak tahu apa-apa sepertimana yang dituduh oleh suspek. 

Video berdurasi 21 saat itu dirakam oleh seorang pelajar kolej berkenaan dan dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Adam Aki, yang meminta orang ramai menyebarkannya agar pelakunya dikenakan tindakan tegas. 
Video itu setakat ini telah ditonton sebanyak 8.796 kali dan mendapat 377 perkongsian di laman Facebook. - THEHYPEMEDIA.COM 

Post a Comment