DIUGUT POTONG GAJI JIKA BERSOLAT

MUAR - Seorang pekerja Islam di sebuah pasar raya dilarang menunaikan solat dan diugut potong gaji jika melanggar arahan itu.

Pekerja malang itu diperlakukan secara biadab dan dihamburkan dengan kata-kata kesat serta ditarik ketika sedang menunaikan solat di bilik rehat di pejabat.

Dedah sumber, pasar raya itu melarang pekerjanya yang beragama Islam menunaikan solat dan diberi amaran keras jika didapati melanggar arahan itu.

"Ada pekerja mengetahui tidak dibenarkan solat selepas diberitahu rakan lain yang juga merupakan pekerja pasar raya berkenaan tetapi disebabkan perlu menunaikan tuntutan ibadah itu, mereka tetap melakukannya.

“Keadaan lebih menyukarkan mereka apabila bilik rehat yang sebelum ini menjadi tempat solat dikunci selepas waktu rehat antara pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang tamat,“ katanya.

Pada 19 Januari lalu, seorang pembantu jualan wanita sebuah pasar raya mendakwa seorang penyelia tidak membenarkannya menunaikan solat malah mengugut untuk memotong gaji jika enggan mematuhi perintah tersebut.

Setelah larangan itu dikeluarkan, terdapat pekerja Islam yang menunaikan solat secara sembunyi di ruang kecil sebuah stor. Namun dapat dikesan oleh pihak pengurusan.

Sejak dikesan bersolat di ruang stor, pekerja terbabit sering menjadi sasaran beberapa pekerja pasar raya berkenaan yang tidak berpuas hati dengannya walaupun kesalahan dilakukan adalah kecil.

Wakil pasar raya berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak atasannya.Sumber

Post a Comment