
LOS ANGELES - Gara-gara mengambil gambar selfie dalam kokpit, seorang juruterbang maut selepas pesawat kecilnya terhempas.
Tindakan kurang cerdik juruterbang berkenaan didakwa sebagai punca kemalangan maut itu, menurut penyiasat Amerika Syarikat.
Juruterbang yang berusia 29 tahun itu dilaporkan maut bersama dengan seorang penumpang apabila pesawat kecil 150K Cessna jatuh terhempas di padang pada 31 Mei yang lalu.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) mengeluarkan hasil siasatan itu berdasarkan siasatan pada rakaman video GoPro yang diambil dari kokpit pesawat.
Rakaman video terbabit menunjukkan juruterbang berkenaan berulang kali berselfie menggunakan telefon bimbitnya sehingga menganggu penerbangan dan akhirnya membawa kepada kemalangan maut.
“Keterangan itu konsisten dengan aerodinamik dan putaran berikutnya ke dalam rupa bumi,” kata laporan NTSB.Sumber


Post a Comment