SEORANG pengawal keselamatan terkorban manakala lima individu lagi dilaporkan cedera apabila pondok pengawal di sebuah taman perumahan di Bandar Bukit Raja, Klang menjadi sasaran sekumpulan lelaki tidak dikenali, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.58 pagi, dua pondok pengawal di Jalan Rodat 1 dan Rodat 14 dilaporkan musnah akibat dibakar.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul, dua daripada tiga pondok pengawal yang diserang itu musnah manakala sebuah lagi tidak terbakar.
“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.58 pagi dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, dengan kekuatan enam anggota, dikerahkan ke lokasi,” katanya.
Mangsa yang merupakan warga Malaysia berusia dalam lingkungan 30an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima rakan sekerja mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk mendapatkan rawatan.– MYNEWSHUB.CC
Post a Comment