ZUL ARIFFIN RESPON ENGGAN BERGAMBAR DENGAN PEMINAT

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai isu Zul Ariffin didakwa sombong dan enggan bergambar oleh seorang peminat fanatik beliau. 

Respon awal netizen terhadap luahan pertama dan kedua peminat artis terbabit yang dipercayai bertugas di KLIA 2 itu bagaimana pun menunjukkan reaksi sebaliknya. 

Netizen menyelar tindakan individu terbabit yang terhegeh-hegeh mahu bergambar dengan Zul Ariffin sehingga menganggu privacy pelakon drama Istikharah Cinta itu.

Sekian lama berdiam, akhirnya Zul Ariffin mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku dan ini jawapannya terhadap individu terbabit dan juga pada netizen yang mengkritik tindakannya itu.

"If looking after my family's and mother's privacy means being bashed, then so be it. #FamilyFirst" katanya di laman Twitter yang mendapat 137 retweets dan 210 favorites..

Kenyataan pendek Zul Ariffin itu mendapat sokongan rakan-rakannya yang turut menasihatinya agar jangan ambil pusing dengan luahan hati individu terbabit. 

Harus tahu, artis juga adalah seorang manusia biasa yang mana mereka juga memerlukan ruang privasi untuk bersama dengan keluarga mereka. Begitu juga dengan individu terbabit, jika mahu menegur, guna bahasa yang elok. Jika berani, dedahkan muka dan gambar yang dimaksudkan itu.Sumber

Post a Comment