ANAKNYA PENGHAFAL AL-QURAN,BIARPUN IBU PEMIMPIN AGAMA LAIN

Allah SwT mampu memberi hidayah kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya termasuklah kepada seorang pemuda ini yang bernama Jafar. Jafar adalah seorang muallaf dan penghafal Alquran (hafiz). Sebaliknya, ibu Jafar adalah seorang penganut dan pemimpin agama lain.

Dipetik dari bersamadakwah.net, Rabu (1/4/2015), pemuda ini memutuskan menjadi muallaf ketika ibunya sedang menuntut pendidikan agama di luar negara.

Jafar memiliki koleksi kitab suci agama yang dianutinya sebelum ini yang diterbitkan pada tahun 1958. Beliau seorang yang rajin membaca dan mengumpul buku serta mengkaji kitab. 

Beliau menghabiskan zaman sekolah rendahnya dengan mengkaji kitab khusus oleh pemimpin agama dan ibunya sendiri. Ini menjadikan beliau sangat fasih menjelaskan ajaran tentang agama sebelumnya dengan terperinci.

Sekarang, beliau menjadi penghafal Al-Quran. Tiga tahun sebelum ini beliau fokus mengaji Al-Quran dan Hafalannya sekarang sudah 20 juzuk. Sungguhpun begitu, beliau tetap sayang kepada ibunya. Anak yang berwajah tampan ini sekarang bersekolah di Sekolah Penghafal Pesantren Darul Istiqamah, Indonesia.
Berita baik tersebut dimuat naik di media sosial oleh akaun bernama Ismawan As, pengasuh di sekolah pondok itu. Pelbagai komen positif dilontarkan netizen mengenai perkhabaran tersebut. -Ismawan

Post a Comment