LUAHAN HATI DAN RASA SEORANG PENDIDIK


gambar hiasan
Bezanya waktu kita menjadi pelajar berbanding dengan pelajar sekarang:

SITUASI 1
DULU: Kita tak ada WhatsApp² pensyarah semua message, so message bila perlu sahaja. Dalam kelas pensyarah cakap kita alert, pergi library cari maklumat sampai lebam sebab nak message pensyarah, takut.

SEKARANG: Pelajar semua benda nak tanya, quiz chapter berapa, pukul berapa, senang ke tak, pakai baju apa, internet tak ada macam mana nak buat. Kadang-kadang tengah malam pun message. Tapi tak apalah, tanggungjawab. Sabar je lah. Esok pensyarah masuk kelas masih mengajar macam biasa.

SITUASI 2
DULU: Kalau ada kelas ke tak ada kelas kita tetap pergi kelas walau pun naik bus hujan ribut tiba-tiba sampai kelas, pensyarah kata kelas dibatalkan, ada meeting. Kita seronok terus pergi breakfast dengan kawan. Yeayyy!!! 

SEKARANG: Pelajar mengamuk kalau mereka datang tetapi pensyarah batalkan kelas sebab ada meeting.

"Apalah, aku beria berlari, dahlah hujan. Lain kali beritahulah kelas tak ada. Menyusahkan betul. Sikit-sikit ada meeting,"

Oh, salah pensyarah. Okay, esok masuk kelas, pensyarah mengajar macam biasa. Tanggungjawab kan? Tak apa, sabar jelah.

SITUASI 3
DULU: Pensyarah tegur kita, kita diam dalam hati sedih. Pergi jumpa pensyarah minta maaf dan lepas itu segan dengan pensyarah sebab buat salah. Takut gagal nanti sebab ilmu tak berkat.

SEKARANG: 1 pensyarah tegur 30 orang pelajar, 30 pelajar sentap dengan seorang pensyarah, 30 pelajar lalu buat tak tahu, konon nak balas sebab sentap dengan pensyarah. Tetapi 1 pensyarah terasa hati dengan beratus perangai pelajar dalam kelas setiap hari tapi esoknya masih masuk kelas macam biasa berkongsi ilmu, tanggungjawabkan. Sabar je lah.

SITUASI 4
DULU: Kita terasa hati dengan pensyarah kita meluahkan sesama kawan sahaja. Datang kelas sebab tanggungjawab and masih bercakap dengan pensyarah sebab tak nak pensyarah terasa hati.

SEKARANG: Waktu pensyarah bercakap kat depan, sibuk mengupdate status di FACEBOOK, TWITTER, WHATSAPP, beritahu satu dunia yang kau tak puas hati dengan pensyarah.

"Potpet potpet je kerjenya puan ni", atau

"Kadang-kadang kesian tengok puan ni semua tak suka dia", atau

"Pensyarah bajet bagus, macam dia je betul", atau

"Ada aku kesah?", atau

"F*** off la".

Pensyarah baca pensyarah tahu, kalau tak tahu pun pensyarah lain beritahu. Pensyarah sedih tapi nak buat macam mana? Doa je lah yang baik-baik. Doa pendidik sentiasa untuk pelajar. Kalau ikutkan hati, hari-hari nak merungut dan sebut seorang² perangai pelajar di Facebook tetapi kita fikir tak baik memalukan pelajar kepada pelajar lain.

Jika pensyarah tak mampu nk tegur, biarlah pengalaman dan masa yang mengajar mereka, Esok masuk kelas pensyarah senyum, mengajar seperti biasa. Tanggungjawabkn, Sabar je lah.Wakil Keluhan hati seorang bernama pendidik.

Oleh : Iza Ahmad................Kredit

Post a Comment