Petang tadi kami melaporkan seorang kanak-kanak perempuan maut akibat terjatuh dari tingkat dua, Kompleks Kenanga Wholesale City di Kuala Lumpur.
Kejadian itu menggemparkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan dan menjadi bualan hangat netizen apabila gambar berkaitan dikongsi di laman sosial.
Berdasarkan komen, ada yang mengesahkan kejadian berkenaan dan tampil dengan pelbagai ‘fakta’ seperti mendakwa kanak-kanak tersebut berusia 6 tahun, terjatuh ketika berebut wang untuk membeli aiskrim.
Namun, menjelang malam ini, video yang dipercayai dirakam semula dari kamera litar tertutup (CCTV) kompleks berkenaan mendedahkan satu versi baru yang dikatakan punca kejadian.
Dalam video itu, dapat dilihat bahawa kanak-kanak malang itu bermain eskalator dengan seorang lagi kanak-kanak yang mungkin adiknya.
Apa yang menimbulkan persoalan dan marah segelintir masyarakat ialah terdapat seorang wanita yang dipercayai mungkin ibu atau kakak kanak-kanak malang itu di sebelahnya dilihat leka dengan telefon bimbit di tangan sehingga tidak menegur atau melarang kedua kanak-kanak berkenaan agar tidak bermain di eskalator terbabit.
Sikap leka penjaga itu dikatakan antara punca yang membawa kepada kecelekaan berkenaan.
Namun, kita pun tidak boleh menjatuhkan hukum dengan pantas. Mungkin wanita itu ada sesuatu yang amat penting ketika itu sehingga dia tidak perasan apa yang dibuat kedua kanak-kanak terbabit.
Apa yang pasti, dia akan menanggung perasaan bersalah seumur hidupnya.
Kepada semua pembaca dan masyarakat di luar sana, kejadian melibatkan kematian atau kemalangan disebabkan eskalator bukan sesuatu yang baru.
Kejadian seperti ini banyak berlaku termasuk di negara luar juga.
Bahagian getah tangan yang bergerak memang mampu menarik kanak-kanak kecil dan seterusnya menghumban mereka ke sisi eskalator, seperti yang dapat ditonton dalam video di bawah melibatkan kanak-kanak malang di Kompleks Kenanga Wholesale City petang semalam
Ambil la pengajaran dari apa yang berlaku dan sentiasa la peka dengan anak-anak di mana-mana sahaja anda berada.
Telefon bimbit atau apa sahaja gadjet tu boleh dilupakan sejenak kerana keselamatan anak-anak lebih penting.Sumber
Post a Comment