2 VIDEO:MAS JALANKAN SIASATAN, ISU PENUMPANG BERGADUH DENGAN PEKERJA

PETALING JAYA - Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), kini sedang menyiasat dua pekerjanya setelah video yang memaparkan mereka menjerit kepada sekumpulan pelanggan menjadi viral di media sosial.
Dua klip video yang menjadi viral itu memaparkan dua orang staf MAS sedang bercakap dengan satu kumpulan, yang dalam transit dari Singapura, untuk senyap dan beratur dengan nada menjerit.
Kejadian yang berlaku di KLIA itu juga memaparkan salah seorang staf menunding jari kepada kumpulan tersebut sambil menyuruh mereka untuk menunggu.

Bagaimanapun pihak SK tidak pasti apa yang sebenarnya punca pertengkaran ini. Mendengar kepada perbualan mereka dalam video tersebut sepertinya pelanggan juga turut sama meninggikan suara.

Berdasarkan pemerhatian SK, walaupun dalam video hanya memperlihatkan pada saat-saat staff sedang menjerit tetapi rata-rata netizen tetap menyokong staff berkenaan dan menganggap pelanggan yang membuat provokasi.

Memetik satu kenyataan MAS dari laporan The Star Online, MAS mengatakan mereka memandang isu ini sebagai sangat serius dan siasatan dalaman telah pun dilakukan. -Siakapkeli.my

Post a Comment