LELAKI MENINGGAL DI ATAS MOTOSIKAL AKIBAT SERANGAN JANTUNG

TASEK GELUGOR: Seorang lelaki telah mengejutkan orang ramai apabila meninggal dunia di atas motosikal di Jalan Kucing di sini.

Mangsa yang berumur 56 tahun itu dikatakan meninggal selepas diserang sakit jantung di sebuah parkir gerai makanan.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian disedari seorang lelaki ketika melalui kawasan itu yang kemudian menghubungi polis.

"Anggota polis yang ke tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia di atas motosikal ditunggangnya.

"Maklumat awal daripada anak mangsa, bapanya mempunyai masalah jantung dan ketika kejadian lelaki itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Ekor Kucing, selepas bersarapan di Padang Serai, Kedah," katanya dipetik Harian Metro.

Mangsa yang sedang menunggang motosikal dikatakan telah berhenti di tepi jalan selepas di serang sakit jantung dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kepala Batas dan hasil pemeriksaan tiada sebarang kecederaan fizikal dijumpai. - Siakapkeli.my

Post a Comment