GAMBAR LINDSAY LOHAN PELUK AL-QURAN, SAMBIL BERJALAN

Pelakon dan penyanyi terkenal yang sering menimbulkan masalah, Lindsay Lohan baru-baru ini dilihat memegang senaskah Al-Quran ketika berjalan di Brooklyn, New York. Perilaku artis tersebut menimbulkan tanda tanya orang ramai dan juga media sama ada dia kini ingin mendalami agama Islam.
Lindsay Lohan sebelum ini memang terkenal dengan sikapnya yang bermasalah. Selebriti yang dibesarkan dalam agama katolik itu mula menceburkan diri di dalam bidang lakonan sejak kanak-kanak lagi. Keadaan keluarganya yang kurang stabil menyebabkan dia berubah menjadi gadis liar.

Lindsay Lohan pernah beberapa kali ditangkap kerana penyalahgunaan dadah dan sudah beberapa kali dimasukkan ke pusat pemulihan.
Selain dari gambar yang mencetus tanda tanya itu, Lindsay Lohan juga telah memuat naik satu gambar di Instagram yang memaparkan satu cebisan doa yang meminta agar Allah memberikannya petunjuk dan ilmu yang berfaedah. - Siakapkeli.my

Post a Comment