GAMBAR:CINCIN TERSEKAT PADA KE MALUAN

GARA-GARA ingin za-kar ‘gagah perkasa’, seorang lelaki terpaksa menahan derita kesakitan berjam-jam lamanya sambil menanggung malu besar apabila cincin besi yang dipasang bagi tujuan se--ks tersekat pada kemaluan.

Sebelumnya akibat terlalu panik, lelaki berusia 44 tahun ini cuba menanggalkan cincin besi tersebut hingga menyebabkan za-karnya membengkak.

Berikutan itu, dia terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang semalam.

Bagaimanapun, deritanya tidak berakhir di situ.Doktor yang mengalami kesukaran untuk mengeluarkan cincin besi itu terpaksa memanggil pasukan Bomba dan Penyelamat untuk menyelesaikan kes ini.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada HKL meminta bantuan untuk mengeluarkan cincin yang terlekat di za-kar mangsa kira-kira pukul 3.45 petang.

“Kami cuba untuk bercakap dengan dia semasa prosedur tetapi dia terlalu ma-lu untuk bercakap dan hanya memberitahu cincin tersebut baharu dibelinya di Amerika Syarikat. Selepas itu dia tidak bercakap lagi dengan kami.

“Selama tempoh 29 tahun sebagai ahli bomba, saya tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini,” jelas Azizan.

Operasi memotong cincin besi itu berakhir kira-kira pukul 5 petang.– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment