REBAH DALAM RAKAAT KEDUA SOLAT ISYAK

RAWANG: Seorang lelaki yang mengimamkan solat Isyak di Surau Abu Osman Ali Basha di Bukit Beruntung rebah dan dipercayai meninggal dunia semalam.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Pak Mat merupakan seorang peniaga roti canai berhampiran Apatment Teratai Bukit Beruntung telah rebah pada rakaat kedua.

Menurut saksi kejadian beliau bukanlah merupakan Imam surau tersebut tetapi pada malam itu rezekinya menjadi imam dan mungkin itu adalah satu anugerah yang hebat untuknya.

Menurut Ketua Balai Polis Komuniti Bukit Beruntung, Sarjan Rosli, mengesahkan kejadian ini ketika dihubungi.

"Lelaki tersebut telah dikejarkan ke pusat perubatan terdekat menaiki ambulans."

Menurut beliau punca kematian masih dalam siasatan dan tidak menolak mungkin kerana sakit jantung dan penyakit-penyakit lain yang sememangnya dihidapi oleh beliau. -Siakapkeli.my

Post a Comment