KPM SENARAI 23 LARANGAN HUKUMAN KEATAS PELAJAR SEKOLAH

PUTRAJAYA - Gambar mengenai hukuman yang dilarang dikenakan terhadap pelajar sekolah tersebar di laman sosial.
Sumber gambar(sekadar hiasan)
Difahamkan, rakaman gambar itu dibuat ketika Unit Disiplin Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan taklimat kepada warga pendidik.

Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terbahagi kepada dua jenis seperti di bawah:

HUKUMAN TERHADAP FIZIKAL

1. Berdiri lama di tengah panas.
2. Lari keliling padang.
3. Berdiri lama dalam/luar bilik darjah.
4. Memukul diri sendiri/sesama sendiri.
5. Berdiri di atas kerusi atau meja.
6. Menarik rambut/tarik telinga.
7. Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris.
8. Junjung kerusi/buku.
9.Cubit.
10. Enjut / ketuk ketampi / mendada.
11. Ketuk / sekel kepala.

HUKUMAN TERHADAP MENTAL & EMOSI

1. Gunting Rambut.
2. Berdiri membuat latihan.
3. Berleter.
4. Gantung tulisan di badan.
5. Memalukan di khalayak ramai.
6. Kelas tahanan pada waktu rehat.
7. Memaki hamun.
8. Conteng muka dengan kapur.
9. Koyak buku latihan.
10. Mengugut atau menggertak murid.
11. Tidak menghiraukan murid.
12. Tidak menanda buku latihan.

Ekoran penyebaran itu, ramai netizen yang menganggap 23 bentuk hukuman yang dilarang itu akan menghasilkan lebih ramai pelajar seperti 'Ahmad Maslan'. 

Larangan itu juga akan menjadi pelajar lebih manja dan penakut sekali gus melahirkan generasi yang berdepan dengan cabaran atau dugaan semasa.Sumber

Post a Comment