MENTERI PERTAHANAN KOREA UTARA DIBUNUH KERANA....

Hyon(kanan) telah dikenakan hukuman bunuh kerana tidak menunjukkan hormat kepada pemimpin

Menteri Pertahanan Korea Utara telah dihukum sebagai seorang "pembelot" kerana tidak hormat kepada pemimpinnya dengan perbuatan tidur dalam mesyuarat menteri-menteri bersama Kim Jong Un, lapor agen perisik dari Korea Selatan pada Rabu.

Menurut agensi perisikan itu, Hyan telah mati ditembak pada 30 April lalu dengan menggunakan senjata anti-pesawat di hadapan ratusan saksi yang hadir di Akademi Tentera Kang Kon Pyongyang.

Berita ini bagaimanapun terbongkar pada seminggu yang lalu setelah 15 orang pegawai atasan kerajaan turut dikenakan hukuman yang sama kerana ingkar dan bantah arahan pemimpin mereka, Kim Jong Un.

Antara mereka yang turut dihukum ialah dua timbalan menteri yang mana mereka telah mencabar polisi pemerintahan Kim.

Menurut laporan BBC, menteri di Korea Utara sememangnya sentiasa bertukar tetapi hukuman terhadap Hyon ini tidak disangkakan. — Siakapkeli.my

Post a Comment