PELAJAR GENIUS MALAYSIA MILIK 30,000 GAMBAR LU-C-AH KANAK-KANAK

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar genius Matematik dari Malaysia dipenjara selama 5 tahun semalam (waktu Malaysia) oleh mahkamah di United Kingdom selepas didapati bersalah kerana memiliki 30,000 gambar p0r-n0g-rafi kanak-kanak.

Nur Nordin, 23, pelajar jurusan Matematik Kolej Imperial London, didakwa memiliki 1,156 video dan selebihnya gambar p0r-n0-grafi kanak-kanak yang sebahagiannya keji pernah dilihat oleh pasukan negara itu.

Lelaki yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, Perak itu mengaku bersalah di atas 17 pertuduhan memiliki, membuat dan mengedar gambar Iu-cah kanak-kanak pada November 2014.

Lapor Mirror.uk, Nur Nordin ditahan selepas pasukan penyiasat curiga setelah mendapati akaun milik pelajar itu memuat naik ribuan imej kanak-kanak dalam keadaan Iu-cah.

Polis yang menyerbu bilik Nur Nordin berhampiran Hyde Park, mendapati tertuduh dengan komputer ribanya terbuka dan duduk bersebelahan patung saiz lelaki.

Dalam serbuan itu, pihak polis menemui lebih dari 30,000 gambar tidak senonoh dan video kanak-kanak didera dalam alat elektronik milik tertuduh.

Ekoran itu, Nur Nordin dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun dan akan dipertimbangkan untuk dihantar pulang ke Malaysia selepas tamat menjalani hukuman.Sumber

Post a Comment