TAHNIAH:HANEZ SURAYA KINI HAMIL

ALHAMDULILLAH.. nampaknya semakin mencurah-curah rezeki aktres jelita Hanez Suraya selepas pulang dari mengerjakan umrah.

Sekalung tahniah diucapkan buat pasangan Hanez Suraya dan suami, Romie Razin yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Berita baik ini disahkan oleh adik Hanez Suraya yang memuat naik gambar alat ujian kehamilan beserta ucapan tahniah kepada kakaknya.
Hanez Suraya seolah-olah mengesahkan berita baik ini dengan meluahkan rasa syukur menerusi status Twitternya.
Jika benar perkhabaran baik ini, kami pasti Romie dan Hanez sangat teruja kerana sebelum ini masing-masing pernah menyatakan hasrat untuk menimang cahaya secepat mungkin.
Semoga Hanez menjaga kesihatan dirinya dan bayi yang sedang dikandung sebaik mungkin.

Pasangan ini selamat diijab kabul pada 14 Mac lalu.Romie mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment