PUNCA PESAWAT MH179 BERPATAH BALIK

KUALA LUMPUR : Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH179 penerbangan ke Colombo, Sri Langka, yang dilaporkan berpatah balik selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 11.34 malam semalam adalah disebabkan oleh masalah seorang penumpang.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pesawat itu berpatah balik bukan atas masalah teknikal.

"Pesawat itu terpaksa berpatah balik kerana masalah seorang daripada penumpang di dalam pesawat terbabit.

"Kami juga kini sedang menunggu kenyataan daripada pihak MAS berhubung kejadian itu,"katanya.

Bagaiamanpun apa yang dilakukan oleh penumpang tersebut sehingga juruterbang mengambil langkah untuk berpatah balik belum dapat dipastikan.

Pesawat MH179 tersebut dikatakan berlepas dari KLIA pada pukul 11.34 malam dan dijangka akan mendarat pada pukul 12.18 pagi waktu tempatan.

Keputusan diambil untuk berpatah balik oleh kapten kapal adalah sebagai langkah keselamatan.

Pesawat tersebut dikatakan terpaksa berpusing-pusing di Selat Melaka selama dua jam bagi mengurangkan kuantiti bahan bakar bagi meringankan pesawat untuk mendarat semula. -Siakapkeli.my

Post a Comment