'SAYA TAKKAN LETAK JAWATAN'-DS ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tidak akan tunduk kepada desakan orang ramai agar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji yang disandangnya semenjak 2013.

Menurutnya, ini kerana beliau tidak melakukan sebarang tindakan yang merugikan Tabung Haji.

“Selama dua hari ini saya diam daripada memberikan sebarang maklum balas. Saya tunggu sebab saya nak tahu apa isu yang akan dimainkan. Rupa-rupanya isu politik dan mereka mahu kaitkan saya sebagai pengerusi TH. Apa kena mengena? Kalau saya rugikan duit TH, bolehlah desak saya letak jawatan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Beliau juga telah membuktikan kredibiliti apabila berjaya menambah jumlah dividen yang diterima pendeposit di TH.

“Sebelum ini, TH bayar dividen 5.5 peratus. Alhamdulillah, secara kebetulan sejak saya jadi pengerusi dan rakan-rakan lain dalam lembaga pengarah sertai TH, kita bayar dividen 6 peratus (bonus tahunan) tambah 2 peratus (bonus haji) jadi 8 peratus pada 2013.

“Tahun lalu pula kita bayar 6.25 peratus (bonus tahunan) tambah dua peratus (bonus haji) sebanyak 8.25 peratus,” katanya.Sumber

Post a Comment