SKO-DENG BAWAH SKIRT,GURU DIPENJARA 24 MINGGU

GAMBAR HIASAN

Singapura – Seorang guru separuh masa dihukum penjara 24 minggu selepas didapati bersalah merakamkan video bawah skirt hampir 60 wanita.

Nantha Kumar Palakrishnan, 34, merakamkan video itu menggunakan telefon pintar iPhone 4 yang disembunyikan di dalam beg komputer riba miliknya.

Dia akan membuka mode video pada telefon pintarnya dan meletakkan beg itu yang tidak ditutup di lantai sebelum menolaknya ke bawah skirt mangsa.

Palakrishnan melakukan perbuatan itu antara Julai hingga Ogos 2013 dan menyasarkan pelanggan wanita di kedai buku serta pusat beli-belah.

Aktiviti lelaki itu terbongkar selepas dia ditangkap cuba merakamkan video bawah skirt seorang pekerja bank berusia 34 tahun di Plaza Singapura pada 26 Ogos 2013.

Palakrishnan ditangkap selepas rakan lelaki wanita itu melihat dia cuba meletakkan beg di bawah skirt mangsa.

Rakan wanita itu bertindak merampas beg Palakrishnan dan terus membukanya.

Lelaki itu terkejut apabila mendapati sebuah telefon bimbit yang merakam video berada di dalam beg Palakrishnan.– Agensi/myMetro Online

Post a Comment