Sekarang ini kecoh di kalangan peniaga online yang apabila pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat rampasan keatas bungkusan di pejabat pos laju. Dikatakan KKM membuat rampasan barangan kosmetik, produk penjagaan kulit dan pil yang tak berdaftar atau palsu.
Jabatan Kastam telah mengeluarkan surat arahkan kepada pegawai kastam untuk membantu pegawai KKM selongkar barang.
Perbuatan KKM mengoyakkan bungkusan pos, mendapat kecaman dan kritikan mereka yang terlibat. Ia kerana tindakan itu turut menjejaskan peniaga yang menjual barangan tulen terutamanya yang menggunakanplastik prabayar pos laju. Ia adalah kerugian!
Seorang peniaga, yang dikenali sebagai Zakaria Ghazali tampil mendedahkan operasi ini. Dia juga turut menyatakan ketidakpuasan hati dan mengutuk tindakan KKM menganayai peniaga online:
" Kejam KKM.. rampas dan check barang kita masa buat pembayaran di kaunter pejabat poslaju..nie orang kata "melayu makan melayu"..
dan check, bungkusan yg rosak tu sapa nak ganti? hampa ka? tak kan pelanggan kami terima bungkusan dah rosak?
Awas sahabat2ku yg buat biness online produk kecantikan..KKM tengah buat gila di semua pejabat2 pos dan kurier."
Luahnya lagi..
" Pihak berkuasa spt KKM,kastam atau apa2 pihak yg terlibat, tolongla jangan dikoyak plastik pos kami macam kertas.. cuba buat cara lebih berhemah.. kalau nak koyak juga, boleh... sediakan siap2 plastik pos kami, kami pun xmarah.. ( ini untuk produk yg benar disahkan KKM ) "
Hati-hati buat semua peniaga online. Kalau barang anda tak kena rampas, kemungkinan besar akan rosak.
Walaupun produk dah lulus KKM, dah bungkus cantik-cantik, tapi dikhuatiri tiruan. Tetap akan diperiksa habis-habisan. Sungguh kejam tak terkata! Mohon SEBARKAN !!!
Lebih malang lagi.. bukan sahaja owner produk yang terpaksa menanggung kerugian, malah dropship produk kecantikan juga tidak terlepas dari kezaliman KKM ini.Sumber
Post a Comment