PADA awalnya timbul perasaan ingin ketawa apabila membaca laporan polis milik seorang pekebun yang tinggal di Yong Peng, Johor ini.
Namun, perasaan itu bertukar menjadi simpati apabila mengenang nasib mangsa yang diugut individu tidak bertanggungjawab.
Semuanya berpunca gara-gara tindakan mangsa yang tersilap menghantar mesej berbau lu-cah kepada isteri orang yang berbunyi, “MAMA.. Te*** MAMA BESAR PAPA ISAP SEDAP, PAPA BALIK NANTI NAK ISAP”.
Menurut mangsa, mesej tersebut dihantar kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bekerja, semalam.
Difahamkan, mesej itu sebenarnya ditujukan kepada isteri mangsa namun tersilap hantar kepada wanita lain.
Berikutan itu, mangsa dikatakan diugut sebanyak RM3000 oleh wanita terkenaan sebelum anak-anaknya melaporkan kepada pihak polis.
Gusar dan takut dengan ugutan wanita tersebut, mangsa memilih untuk membuat laporan polis berkenaan ugutan tersebut.
Pada masa yang sama, pekebun berkenaan mengaku bersalah akan kecuaiannya selain memohon maaf terhadap wanita berkenaan.
Alahai, jika difikirkan kesilapan menghantar mesej-mesej ‘nakal’ lagi ‘lu-cah’ kepada insan yang bergelar wanita bukanlah sesuatu perkara kecil kerana ianya boleh menimbulkan onar dan salah faham.
Bagaimanpun, tindakan wanita berkenaan yang mengugut dengan wang ringgit juga adalah ‘permintaan yang melampau’ dan tidak boleh diterima akal.
Mana tidaknya, seolah-olah mengambil kesempatan di atas kecuaian dan kesilapan orang lain.
Mungkin kes ini boleh memberikan pengajaran kepada lelaki tersebut dan orang ramai di luar sana agar lebih berhati-hati dalam memberikan pesanan lebih-lebih lagi yang berbaur lu-cah dan nakal. – MYNEWSHUB.CC
Post a Comment