PUTRAJAYA - Terdahulu, laman ini pernah menyiarkan luahan hati rakyat khususnya peniaga Melayu yang tidak berpuas hati dan mendakwa KPDNKK melakukan serbuan 'terpilih' sehingga menimbulkan rasa marah mereka.
Susulan itu, tampil seorang pegawai KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menafikan dakwaan peniaga Melayu dan sekali gus memberikan penjelasan agar semua pihak memahami gerak kerja KPDNKK.
"Salam admin, tak payahlah sebar fitnah. Gambar tu, gambar saya yang pakai vest. Saya mengetuai Operasi Barang Tiruan di Brickfields.
"Peniaga online menipu orang ramai. Cakap original, tetapi tiruan. Salah ke kami rampas?," katanya yang turut menjelaskan premis yang diserbu pada hari berkenaan adalah myiMart dimana pekerjanya adalah berbangsa Cina.
"Untuk info admin juga, Petaling Street kami dah selalu masuk. Tahun 2014, 10 kes telah dihasilkan dan nilai rampasan sebanyak RM71,780.00, barang gred biasa. Pada tahun 2015 pula, baru 5 kes telah dihasilkan dan nilai rampasan berjumlah RM171,800.00, barang gred A.
Jelas pegawai KPDNKK itu juga, pihaknya telah banyak kali menyerbu premis-premis di Petaling Street, namun gagal kerana berlakunya kebocoran maklumat.
"Banyak kali kami masuk tetapi maklumat bocor sebab ramai 'tonto' yang follow. Jadi, semua kedai yang menjual barang-barang tiruan ditutup.
"Kami hanya boleh merampas barang-barang yang ada aduan dari pemilik jenama. Jika tiada aduan dari pihak pemilik sesebuah jenama, kami tidak boleh nak terus ambil kes terutama untuk ke mahkamah, kami akan kalah.
"Jadi, saya memohon tuan memperbetulkan penulisan tuan," katanya.
Dengan penjelasan ini, diharapkan orang ramai tidak lagi menimbulkan persepsi yang KPDNKK takut atau tidak pernah menyerbu Petaling Street, lebih-lebih lagi dakwaan yang mengatakan mereka telah dibayar oleh peniaga Cina.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah kenyataan rasmi dari pihak KPDNKK dan sewajarnya pegawai berkenaan meminta kelulusan pihak tertinggi sebelum mendedahkan statistik dan menjawab isu yang tersebar di laman sosial. - THEHYPEMEDIA
Post a Comment