KUIH RAYA MADE IN CHINA, STATUS HALAL MERAGUKAN

JOHOR BAHRU - Semenjak beberapa hari yang lalu, tersebarnya dua gambar di aplikasi pesanan ringkas WhatsApp, WeChat, Facebook yang menunjukkan bekalan kuih-kuih raya dipunggah keluar dari kontena China Expres yang didakwa akan dihantar ke Muar, Johor. 

Dakwa sumber, kuih raya itu dibuat di negara China dan status logo halalnya amat mencurigakan. 

"Kuih Raya made in China. Status logo halal amat dicurigai. Harap semua jangan tersalah beli ye? 

"Barang ini saya sendiri turunkan dari kontena China Expres untuk penghantaran ke Muar, Johor. 

"Saya rakam gambar ini tanpa disedari oleh pihak kilang di Muar," kata individu terbabit. 

Penyebaran gambar itu mengusarkan umat Islam. Namun ada yang mengatakan kuih-kuih raya seperti yang ditunjukkan dalam gambar itu selalu dilihat di pasar raya seperti Mydin, Giant, Tesco, Aeon Big pada harga di antara RM9.90 - RM12.90 seunit. 

Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati apabila membeli kuih-kuih raya yang dijual di pasaran. Jangan hanya kerana harga jualan yang murah dari biasa menyebabkan anda tertarik untuk membelinya bagi menjimatkan kos belanja raya akan datang. - THEHYPEMEDIA

Post a Comment