KUALA LUMPUR - Kecoh di laman sosial mengenai 'Dialog PM Bersama NGO', Nothing To Hide, yang akan diadakan hari ini jam 9.00 pagi.
Program yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu mendapat sambutan luar biasa orang ramai khususnya penyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga beberapa badan NGO yang lain.
Malangnya, program berkenaan telah dibatalkan dan pembatalan itu diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Dialog PM bersama NGO yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari ini dibatalkan.
"Program itu dibatalkan demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat," katanya melalui laman Twitter.
Difahamkan, beberapa pemimpin politik telah hadir ke PWTC untuk turut serta dalam program berkenaan termasuklah Tun Dr Mahathir. Namun kecewa, apabila program itu telah dibatalkan.
Berikutan pembatalan program berkenaan, Tun Dr Mahathir dilaporkan telah mengambil alih pentas dan mengantikan dengan Program Bersama Tun Dr Mahathir. Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir itu telah mengundang tindakan polis terpaksa menghalaunya turun dari pentas.
Sementara itu di media sosial, netizen menganggap Najib tidak berani bersemuka dengan bekas perdana menteri itu. Najib yang sebelum ini menyatakan bahawa dia mempunyai darah pahlawan namun tiada keberanian berdepan dengan Tun Dr Mahathir. - THEHYPEMEDIA
Post a Comment