GADIS NAFI CURI BARANG ROOMATE,BUAT LAPORAN POLIS

Susulan pendedahan Haslinie mengenai bekas rakan serumahnya mencuri barang penghuni yang lain, tertuduh, Safinah Hashim, tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Menurut Safinah, dia tidak bersalah dan telah dianiaya oleh bekas rakan serumahnya itu.

"Saya nasihatkan anda tolong jangan dengar dan percaya sebelah pihak. Saya beli barang dengan seorang rakan satu rumah, Alya, dan tidak menjangkakan barang yang saya beli adalah barang curi milik kawan seorang lagi, Linie.

"Benda ini nampak agak simple bagi saya tetapi saya tidak sangka kawan serumah buat kelakuan sebegini. Kalau saya curi, takkan saya nak post di moment Facebook, WeChat, WhatsApp, Instagram dan lain-lain? 

"Kalau saya curi, takkan saya nak kantoikan diri sendiri? Seumur hidup saya, mak bapak saya tak pernah ajar jadi pencuri!

"Saudari cik Haslinie Hashim, tolong siasat dahulu sebelum awak buat fitnah dan tuduhan palsu dan tolong clearkan balik maruah saya dan keluarga.

"Kepada saudari cik Alya, terima kasih kerana menjual barang curi hak milik kawan awak sendiri kepada saya," katanya dalam status yang dimuat naik di laman Facebook 7 jam yang lalu setelah mengetahui gambarnya tersebar dengan tuduhan mencuri.

Safinah juga cuba meminta penjelasan dari Alya melalui WhatsApp. Namun, Alya pula menafikan dirinya menjual barang-barang tersebut kepada Safinah.

"Masa kau blah, diorang pulaukan aku tau. Aku memang akan cari kau sampai ke lubang cacing. Kau tunggu Pina, kau tunggu. Kau jangan buat taik dengan aku," - Alya

"Hang yang jual, aku beli. Hakikatnya hang yang curi. Sekarang hang buat taik dengan aku kan? Hang game aku kan? Kepoh je la di mana-mana pun, aku tak kisah. Hang pandai game aku kan," - Safinah

"Hahaha lawaknya. Aku jual beg kat kau? Bukti? Putar belitnya kau ni. Lawak la," - Alya

"Yer, aku kena game dengan hang. Sebab masa aku beli kat hang takde resit bagai. Aku tak sangka muka hang cantik macam bidadari tapi sayang sungguh. Hang game aku dengan kawan-kawan budak rumah. Hang jual, aku beli. Hang kata barang-barang bundle mak saudara hang. So aku beli, rupa-rupanya hang game aku. Hang yang curi barang diorang, hang petik nama aku. Hang buat apalah apa pun aku tak kisah. Aku tunggu. Kalau aku curi barang depa buat apa aku nak update kat WeChat, Facebook, WhatsApp semua tu kau rasa?" - Safinah..KREDIT

Post a Comment