ALOR GAJAH - Jabatan Kastam Diraja hari ini mengumumkan hasil kutipan GST sudah mencecah lebih RM 6 billion setelah dua bulan ia dilaksanakan.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Matrang Suhaili, RM3.37 billion dari jumlah itu adalah dari hasil kutipan GST import manakala yang selebihnya lagi dari hasil kutipan GST tempatan.
"Kita optimis sasaran kutipan keseluruhan RM45.44 bilion tahun ini, di mana RM23.7 bilion daripada GST, dapat dicapai kerana lebih 300,000 peniaga yang berdaftar di bawah sistem GST akan menghantar penyata GST selewat-lewatnya pada 15 Jun ini.
Selain itu, beliau juga turut menyatakan hasil kutipan GST itu adalah sebahagian dari kutipan keseluruhan jabatan tersebut yang kini sudah berjumlah RM20.7 billion sejak dari Januari tahun ini.
"Berdasarkan prestasi kutipan diperoleh setakat ini kemungkinan jumlah keseluruhan kutipan hasil boleh melebihi RM50 bilion," katanya kepada pemberita memetik laporan dari Bernama.
Post a Comment