LAGI!!!!MAYAT BAYI TANPA TANGAN DITEMUI DI SEBUAH KILANG GULA!!

Angkara bertuhankan ‘nafsu’, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan menyayat hati berhampiran sebuah kilang gula, di Butterworth, Pulau Pinang petang tadi.

Mayat bayi tanpa tangan dan kepalanya terputus itu ditemui oleh seorang lelaki berusia 51 tahun kira-kira pukul 1.22 petang.

Difahamkan, ketika kejadian saksi sedang berehat di kawasan berhampiran sambil melihat seekor anjing menggonggong satu objek.

Menurut satu sumber, saksi kemudian terkejut apabila mengetahui objek yang digigit anjing tersebut adalah mayat bayi.

“Dia yang curiga apabila melihat anjing terbabit mengigit objek berkenaan menghampiri dan menghalau haiwan itu sebelum terkejut apabila mendapati ia sebenarnya mayat bayi.

“Lelaki terbabit kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment