"MARILAH"-REAKSI TMJ SUSULAN KENYATAAN NAZRI SEMALAM

JOHOR BAHRU - Susulan kenyataan 'panas' Datuk Seri Nazri Aziz semalam, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberikan isyarat 'marilah' kepada Nazri yang mahu 'membelasahnya'.

Dalam klip video pendek yang dimuat naik oleh pengendali Facebook Johor Southern Tigers petang semalam, Tunku Ismail memberikan isyarat 'marilah' yang dipercayai ditujukan kepada Ahli Parlimen Padang Rengas itu. 

Semalam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu mengeluarkan kenyataan bahawa TMJ tidak sepatutnya campur tangan dalam hal politik negara atau jika berbuat demikian akan dibelasah. 

Kenyataan Nazri itu membangkitkan kemarahan orang ramai khususnya warga Johor yang menganggap kenyataan itu biadab. 

"TMJ sudah jawab, kita tunggu dan lihat apa pula jawapan Nazri Aziz yang bongkak dan takbur ini," kata Tuan Mazwan Misbah.

"TMJ! Tolong wakilkan kami rakyat Malaysia tendang muka Datuk Seri Nazri itu! Kami nak sangat tengok. Kami pun benci Nazri itu," kata Uzair Ibnu Che Lie.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir juga menegaskan, TMJ juga mempunyai hak kebebasan bersuara. 

"Selagi kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara, Tengku Mahkota Johor itu juga mempunyai hak untuk bersuara. Melainkan ada undang-undang yang melarang baginda untuk bebas bersuara," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment