Impian Malim Gunung Rizuan Kauhinin dan rakan-rakannya yang lain untuk berjumpa dengan pelajar-pelajar Singapura yang diselamatkan mereka semasa gempa bumi di Gunung Kinabalu Sabah baru-baru ini telah menjadi kenyataan.
Rizuan Kauhinin, Simon Gohinmin dan Mazlee Liong telah selamat tiba di Singapura pada Isnin malam lalu di mana mereka dijadualkan akan bertemu dengan pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong (SJTK), El Wafeeq El Jauzy dan Arnaav Karan Chabria yang masing-masing berusia 11 tahun.
Kehadiran mereka ke sekolah berkenaan di sambut sebagai wira dan kerana sekeping gambar Rizuan yang mendukung seorang pelajar berbaju merah menjadi viral ia kini dikenali di seluruh dunia.
Beliau yang menerima undangan daripada beberapa pihak untuk ke Singapura untuk bertemu dengn pelajar dan ibu bapa mangsa yang diselamatkannya bagaimanapun enggan pergi berseorangan jadi dia telah membawa dua rakannya yang turut membantu membawa kanak-kanak itu turun.
Dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 skala Ritcher yang melanda Ranau baru-baru ini ia telah mengorbankan 18 nyawa di gunung Kinabalu di mana kebanyakkan mangsa yang terkorban dan tercedera kerana terkena runtuhan batu yang tergolek turun ke bawah. SUMBER
Post a Comment