GAMBAR:3 BENCANA BANJIR YANG PELIK YANG TERJADI DI DUNIA

Kita di Malaysia sudah biasa dengar berita banjir., disini kami ingin kongsikan beberapa cerita banjir pelik yang terjadi di Dunia.

1. Banjir bir di London
Di London pernah kecoh satu tragedi pelik seabad yang lalu. Walaupun kisah ini sudah lama, namun kisah ini mungkin tidak mudah dilupakan kerana pelik. Banjir air mungkin biasa, tetapi kali ini yang terjadi adalah banjir bir. Banjir dengan gelombang pasang setinggi 4,6 meter tersebut menyapu London. Dilaporkan sebuah tong berisi bir setinggi tiga tingkat pecah dan membanjiri jalan-jalan serta menghancurkan rumah-rumah disana. Seramai 8 orang mati pada kejadian ini

2. Banjir karamel di Boston
Anda pasti tak dapat membayangkan bagaimana rasanya tenggelam didalam lautan karamel. Mungkin jika sedikit, karamel pasti sedap, tetapi dalam jumlah yang banyak, karamel dapat menjadi satu malapetaka. Perkara ini terjadi diBoston, Amerika Syarikat pada tahun 1919. Sebuah tangki baja berisi sirup hitam, yang dikenal dengan nama Molasses di Amerika Syarikat telah pecah. Tangki dengan berat beberapa ton dan tinggi 26 meter ini menumpahkah karamel setinggi 25 meter

3. Banjir kotoran Babi di Jerman
Salah satu kampung di Jerman pernah mengalami peristiwa banjir yang pelik pada tahun 2006 yang lalu. Kampung ini ditenggelami dengan kotoran babi berwana coklat kehijauan. Punca kejadian disebabkan tangki tempat penyimpanan cairan kotoran babi ini pecah. Akibatnya, banjir kotoran setinggi 1,5 meter terjadi di kampung bavarian. Kes ini tiada kematian tetapi banjir ini menyebabkan orang kampung banyak kerugian.SUMBER

Post a Comment