Musim raya je mungkin ramai diantara anda akan membuat kuih raya sendiri di rumah, walaubagaimanapun kadangkala kuih raya yang anda buat tu cepat benar lemau. So, macam mana nak elakkan kuih raya yang anda buat tu cepat lemai? jom kita lihat 7 Tips elak biskut raya anda cepat lemau.
1. Pastikan Biskut Anda Terbuka Dahulu
Selepas proses membakar selesai pastikan biskut anda berada dalam keadaan terbuka terlebih dahulu supaya udara panas bebas keluar dan akan elakkan biskut dari cepat rosak
2. Keringkan Bekas Kuih Raya
Keringkan bekas kuih raya anda dahulu dari sebarang kelembapan air
3. Guna Bekas Kuih Raya Yang Betul2 Kedap Udara
Bekas raya amatlah penting, jika yang tidak kedap udara, biskut yag rangup mudah masuk angin dan biskut yang biasa akan mudah pecah jika terkena udara.
4. Masukkan Sebunggkus Kecil Garam Dalam Balang
Kelembapan udara dapat juga dihindar dengan adanya sebungkus kecil garam dalam balang, bungkus hanya sekadar 1-2 sudu sahaja dan masukkan ke dalam balang.
5. Alas Biskut Dengan Kertas Kalis Minyak
Kertas kalis minyak amat penting, ianya mampu menyerap minyak dan akan membuatkan biskut raya anda kekal rangup dan mantap
6. Tabur Sedikit Gula Pasir Dalam Bekas Biskut
Antara petua lama supaya biskut anda tidak berbau dan dapat kekal lebih lama
7. Jemur Gula dan Tepung Sebelum Buat Biskut
Ini bagi menghasilkan biskut raya ringan dan tahan lebih lama (petua orang lama)
Selamat Membuat Kuih Raya..SUMBER
Post a Comment