
Allahuakbar. Bersabarlah sayang. Allah menguji hambaNya.
Tadi terbaca post pasal ibu melahirkan baby mengambil epidural, lumpuh sampai sekarang kesan dari epidural.
Saya dulu bersalin di hospital private. Memang doktor sentiasa datang
keluar masuk suruh ambil epidural atau or ubat tahan sakit. Tetapi
parents saya tetap tak bagi. Dah tak tahan sakit sangat, saya request
dari husband nak ubat tahan sakit.
10 minit selepas itu, doktor datang dan cucuk punggung saya ubat tahan
sakit. 30 minit selepas itu, saya mengantuk sangat. Contraction dah tak
ada. Saya tidur dengan lena tetapi dalam masa yang sama, jalan masih
buka besar. Saya tidur 3 jam tanpa rasa apa-apa.
Jam 8 malam, saya terjaga. Parents saya suruh bangun mandi dan solat.
Selepas solat, disuruh makan tetapi semua dah tak lalu nak telan. Jam 10
malam, saya beritahu nurse yang saya dah terasa nak bersalin.
Nurse datang periksa 'jalan'. Dia kata baru 7 sentimeter. Jam 11.30
malam, dah tak boleh tahan sangat, saya ditolak masuk ke labour room,
ditemani oleh ibu dan suami saya dalam labour room itu. Tunggu doktor,
tak sampai-sampai. Nurse tahan tak bagi terang, suruh mengiringkan
badan. Hampir sejam menunggu akhirnya doktor pun sampai.
Sampai saja doktor, apa lagi, tak sempat pakai apa-apa, kepala baby dah
nampak. Teran dua kali, Alhamdulillah, tepat pada jam 12.45 pagi saya
selamat bersalin. Tetapi saya tak mendengar bunyi tangisan baby. Doktor
terus potong tali pusat dan bawa ke belakang.
Saya dan husband serta ibu tak henti-henti berdoa agar baby menangis.
Hampir 15 minit saya menunggu tetapi sayang, saya tak dengar tangisan
anak saya. Baby terus dimasukkan ke dalam bilik dan dipasangkan wayar
oksigen.
Doktor datang balik dan sambung jahit luka saya. Saya tanya doktor,
kenapa anak saya tak menangis? Jawabnya, "kesan dari cucuk ubat tahan
sakit memang tak menangis. Tadi sebelum cucuk kan dah beritahu?"
Okay, saya pun terus diam.
Keesokkan paginya, saya nak tengok baby saya tetapi air mata saja yang
mampu keluar di tubir mata apabila melihat anak penuh dengan wayar-wayar
untuk bantuan penafasan. Sangat pelik. Husband tanya doktor yang duduk
dalam bilik baby itu kenapa anak saya penuh dengan wayar seperti itu.
Doktor beritahu, "Anak encik dah lemas sebab kesan ambil suntikan ubat
tahan sakit atau mungkin terlebih dos sebab baby tidur dalam perut.
Contraction tak berlaku langsung."
Suami saya yang sangat alert, teringat kembali, "oh, patutlah tengok graph CTG jantung baby mendatar."
Tetapi bila tanya doktor, doktor yanca incas saya, doktor kata normal.
Masa itu saya memang tak ingat apa-apa sebab mata saya mengantuk
sangat-sangat.
Tepat jam 1 pagi, tiba-tiba nurse datang ke bilik memaklumkan kepada
saya, husband dan Ummi yang baby perlu dibawa ke Hospital Pusrawi, masuk
ICU sebab baby fitting.
Suami terus berlari masuk ke bilik baby dan pada ketika itu doktor tengah menyiapkan baby saya untuk dibawa menaiki ambulans. Suami follow dari belakang.
Suami terus berlari masuk ke bilik baby dan pada ketika itu doktor tengah menyiapkan baby saya untuk dibawa menaiki ambulans. Suami follow dari belakang.
16 hari duduk di ICU, wayar penuh badan baby saya yang demam. Saya tanya
doktor pakar yang jaga anak saya, "kenapa anak saya jadi macam ini?"
Jawapan yang sama diberitahu oleh doktor tadi. "Mungkin kuman sudah
masuk dalam kepala. Oksigen kurang di bahagian otak sebab anak puan
keluar dah lemah dan tidak menangis" katanya.
Ya Allah, sedihnya saya sebagai seorang ibu bila mendapat berita tersebut.
Kos perbelanjaan hospital RM1,500 sehari di ICU sudah langsung tidak
difikirkan lagi. Saya hanya fikir anak saya cepat sihat dan sembuh.
Cukup 16 hari, anak saya dapat discharge. Lega sangat, doktor cuma
beritahu kalau baby demam atau fitting, cepat-cepat datang hospital.
Tetapi baby saya kuat sangat walaupun dicucuk 1, 2, 3 bulan. Anak saya
tak demam langsung.
Cukup 4 bulan, baby saya membesar dengan sempurna tetapi sayangnya kami
hanya memiliki 4 bulan sahaja kerana secara tiba-tiba baby muntah-muntah
dengan teruk sekali. Masuk susu, muntah macam air pancut.
Saya bergegas ke KPJ JB jumpa pakar di sana. Doktor kanak-kanak beritahu mungkin baby saya tak cukup oksigen dalam kepala.
"Kita perlu buat EEG untuk otaknya,"
Tetapi, bila dapat result, doktor kata otak dia tak cantik.
Ya Allah, sekali lagi saya perlu hadapi ini semua. Disebabkan muntah
yang teruk, anak saya menangis tanpa suara. Sampailah masa saya jumpa
doktor pakar kerajaan di KPJ khas untuk neuro. Doktor menasihatkan saya
bawa baby ke hospital kerajaan.
Tanpa melengahkan masa, saya bawa balik baby ke Hospital Temerloh dekat
dengan rumah parents saya. Tak payah tunggu que nak jumpa pakar sebab
anak murid ayah ada kerja di situ dan tolong. Buat appointment untuk
buat MRI.
Sekali lagi air mata saya mengalir apabila doktor cakap urat saraf mata
yang bagi arahan pada otak tidak berfungsi, saiz otak kecil tidak sama
seperti usianya yang sudha mencecah 6 bulan. Otaknya tka cukup oksigen
sebab itu masa lahir tidak menangis. Mungkin kesan dari suntikan ubat
tahan sakit.
Ya Allah, bersalahnya saya terhadap anak yang kena tanggung semua ini.
Saya yang memotong perjalanan Allah, sekarang Allah uji saya.
Anak saya disahkan cirebral palsy tahap kurang oksigen dalam kepala.
Sekarang anak saya sudah berusia 10 bulan tetapi masih macam baby,
kepala tak boleh tegak, otot selalu mengeras, mata tak boleh follow, tak
macam usia baby 10 bulan yang lain. Anak saya hanya mampu menangis dan
terbaring sahaja.
Maafkan mama sayang, kalau mama tak ingkari perjalanan Allah dan ambil
suntikan ubat tahan sakit mungkin sayang tak akan jadi seperti ini dan
sayang boleh hidup seperti anak-anak normal yang lain.
Doakan anak saya kembali seperti sediakala. Saya dan keluarga sentiasa
menantikan keajaiban dari Allah untuk bidadari syurga kami. Amin.
Please ibu-ibu, selepas ini jangan ambil suntikan epidural atau tahan
sakit. Ikut perjalanan Allah yang telah diaturNya. Semua orang yang nak
bersalin sakit. Sakit bersalin menghapuskan segala dosa.
Ini pengalaman bersalin saya. Please kawan-kawan, ambil iktibar dan
jadikan sebagai pengajaran. Sharelah kepada kawan-kawan yang lain, yang
tengah sarat mengandung. - FATMA NAJIHAH.KREDIT:THEHYPEMEDIA.COM
Post a Comment