
Kejadian berlaku di Johor Bahru.
Terjadi kepada kanak-kanak berusia 10 tahun. Hasrat mereka memiliki game
XBOX 360 tidak kesampaian. Lebih menyedihkan lagi, wang simpanan mereka
telah lesap dikebas oleh peniaga online penipu.
Anak-anak yatim yang telah ditinggalkan oleh ayahnya semenjak kecil
lagi, begitu gigih menyimpan wang 50 sehari untuk memiliki game XBOX
360.
Lama kelamaan, pakcik saudara mereka telah menyedari kegigihan anak-anak
yatim itu memberikan mereka satu cabaran puasa penuh sebulan.
"Pakcik akan tambah jumlah wang simpanan kamu untuk mendapatkan game XBOX 360 yang diimpikan,"
Niat pakcik itu adalah untuk menceriakan kanak-kanak tersebut juga ranap
apabila wang yang dibayar secara online kepada peniaga terbabit telah
dilesapkan.
Lebih memilukan, sehingga ke hari ini, pakcik itu belum lagi memaklumkan
perkara itu kepada kanak-kanak tersebut bahawa wang mereka telah
dikebas oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Terlalu berat untuk melihat kegembiraan kanak-kanak itu berganti dengan luka.
Di sini saya sertakan bukti-bukti penuh tentang si penipu online itu.
Saya nak peniaga itu tahu bahawa ada tujuan kita beli sesuatu barang,
membantu mengembirakan anak-anak yatim adalah amalan yang mulia,
pulangkan hak mereka,
Tolong sebarkan agar sampai ke mata peniaga itu dan jangan ramai yang
menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab ini.
Kredit - Airizh Wanda...Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
Post a Comment