AIR KOTAK DI DAKWA MENGANDUNGI BAHAN KIMIA DIBERIKAN KEPADA PESERTA BERSIH 4.0(VIDEO)

Pihak penganjur perhimpunan BERSIH 4 hari ini mengingatkan para peserta supaya tidak sewenang-wenangnya menerima makanan dan minuman dari orang yang tidak dikenali.

Ini kerana penemuan beberapa kotak air minuman yang didakwa telah disuntik bahan kimia ke dalamnya yang diberikan oleh individu yang tidak dikenali kepada peserta BERSIH.

Berdasarkan laporan yang ditulis kini.tv, awal pagi tadi dilaporkan kira-kira 13 orang peserta perhimpunan berkenaan telah keracunan makanan.
Penyelaras perubatan BERSIH, Gengta Tan melalui sebuah video menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan air kotak yang dipercayai disuntik dengan bahan kimia tertentu. -Siakapkeli.my

Post a Comment