STATUS DAN KOMEN PENJUAL HELMET PETANDA MAHU"PERGI"

BAGAI tahu akan pergi buat selama-lamanya, seorang penjual helmet memuat naik beberapa status di Facebook yang menjadi kenangan sedih buat rakan-rakannya.
Antara catatan status tersebut adalah “Tenang2.. tak lari melaka tu.. jap lagi saya sampai yek.. senafas je.. kalau jem buat relax buat chill2″ yang dimuatnaik beberapa jam sebelum kematiannya.

Selain itu Allahyarham Fauzi Tahir, 33, turut menulis status berbunyi “Last stok fire oren sebelum harga akan datang meninggal. Yen da semakin naik.. maybe lepas ni harga visor sama macam Yen dulu 0.04=RM450″.

Manakala dalam satu komen kepada rakannya di Facebook Khamis lalu, allahyarham menulis “Nak tinggalkan ko ni.. ko nanti sekejap je kejar aku.”

Allahyarham Fauzi terkorban selepas motosikal berkuasa tinggi miliknya terlanggar bahagian belakang lori kontraktor pembersih jalan raya di kilometer 34.6 Lebuhraya Utara – Selatan Hubungan Tengah (ELITE) jam 1.40 petang semalam.

Ketika kejadian allahyarham sedang berkonvoi bersama 10 lagi motosikal berkuasa tinggi dari Klang, Selangor menuju ke Melaka.


Difahamkan, siasatan lanjut tentang kemalangan kini dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan takziah buat keluarganya. Al-fatihah. – SUMBER

Post a Comment